Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Manakah Amalan Kita

*DIMANA AMALAN KITA* Imam Ghazali rahimahullah ﷻ menukilkan di dalam Kitab Bidayatul Hidayah mengenai halangan peringkat2 amalan seseorang hamba untuk sampai kepada Allah ﷻ . Sekaligus memberi kita gambaran untuk lebih meneliti di dalam mempersembahkan amalan soleh pada Allah ﷻ sehingga mampu menaikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Allah ﷻ InsyaAllah. *1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.* - Jika hamba itu pernah mengumpat, maka segala amalan soleh orang itu akan terhalang dari melepasi langit pertama. *2. Lapisan Langit Ke-2 :* *Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.* - Jika mengumpat tiada, maka lepaslah langit pertama, tetapi amalan dilakukan untuk habuan dunia seperti pujian, sanjungan, pangkat, harta dan kedudukan di hati manusia. Maka amalan nya tidak sampai ke sisi Allah ﷻ kerana sangkut dilangit kedua. *3. Lapisan Langit Ke-3 :* *Sombong atau Takabbur.* - Tiada umpatan, tiada ingin untung dunia tapi sombong terhadap manusia , me...